Sunday, December 4, 2011

meoowwwwwww...

SALAM.. hari ini ,saya nak berbicara tentang binatang yg paling 'cute'..iaitu KUCING.. Kalau anda semua perasan,beberapa bulan lepas,bnyk isu hangat berkaitan dgn kezaliman manusia terhadap makhluk ALLAH ini..Misalnya,kes dimana pusat penjagaan kucing tidak diuruskn dgn baik shngga banyak kucing yg terabai tanpa penjagaan dan makanan mati...

Kemudian,,tersebar pula kat facebook gambar-gambar  kucing  dizalimi dgn begitu kejam oleh individu yg tak berhati perut (entah layak digelar insan) dimana anak-anak kucing  bergelimpanagn akibat  telah ditikam dan dibunuh...Ada juga kucing yg dipotong tangan oleh individu yg tidak berakal hanya disebabkan kucing itu mencuri ikan di restorannya



  ..
Tetapi,alhamdulillah..masih ramai insan di luar sana yg mempunyai sifat empati terhadap makhluk comel ini...yg  membela nasib kucing-kucing ini.Semoga diberikan ganjaran yg besar di dunia dan di sana kelak.
.

Disini ,saya kongsikan video kucing malang yg diberi nama HERO...

 



Dalam bahasa arab kucing dinamakan qith, sanur, dhayyun, hirr, bas (dialek penduduk syam), masy (dialek penduduk magrib), qathawah (dialek semenanjung arab).Kat umah saya  di kampung,ada 3 ekor kucing...salah sorang kakak sya memng obses ngn kucim ni..huhu..


Hadis menyeksa kucing.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan disiksa karena kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi."
(Bukhari - Muslim) 




so cute...

music...

prof...



luving each other...huhu








FIGHT ANIMAL CRUELTY!!

arghhhh!!! stresss!!


.

           Edit HTML
''argghh...stresssss!!!''just leave me alone..!!" ..
  Tekanan..Kecelaruan Minda... Konflik emosi... satu perasaan yg tidak dapt dijauhi ... Memng x dinfikn ,acap kali,diri terjebak dgn perasaan ni..ditambah pula dengan persekitaran dalam bidng kerja yg banyak menuntut kesabaran.. lagi stress apabila target dlm sesuatu perkara tdk dpt dcapai pada suatu masa yg ditetapkn... wujudnya perasaan rendah diri...'environment' sekeliling yg sesak dan 'sound effect' yg trhasil oleh hiruk pikuk 
kota..
.
Ada lagi,masalah kewangan yg muncul..Fuhhh!!...memang mendatangkan tekanan...   Apa sebabnya sampai nak perbesarkan hal stress ni? Huh, masalah besar ni.. Bila kita stress, banyak perkara yang kita lakukan di luar sempadan garisan kewajaran. Seringkali tindakan yang diambil ketika stress mengundang malapetaka dan musibah. Kadangkala perkara yang remeh temeh pun tidak dapat kita tangani dengan sebaiknya.


''Dalam menjalani kehidupan, kita perlu banyak bertenang kerana hanya bertenang boleh membuahkan pemikiran-pemikiran yang terbaik.Percayalah, tatkala kita bergopoh-gapah, sebenarnya separuh daripada keintelektualan kita telah hilang.''Itu kata-kata motivasi dari Dr. HM Tuah Iskandar...



Apa Gejala -Gejala stress?
Gelisah
Risau keterlaluan
Gangguan tidur
Kurang tumpuan kerja
Cepat marah



stress



Bagaimana caranya mengatasi stress?
Amalkan 10B seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Beribadat- 
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.(KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR di ruangan bicara agama Utusan Online)


Bertenang dan Berkata: Relaklah...
Tenangkan diri. Tenangkan emosi.kosongkan minda yg berserabut buat seketika... Tarik nafas panjang dan hembus..ulang 3 kali..supaya Anda beroleh kekuatan untuk menenangkan diri. Hampirkan diri  dengan tempat yang sejuk dan tenang mcm kt taman ke.., yang kurang orang dan kurang kebisingan..katakan dalam
hati ''relaxlah''....
 ...




Bercakap dengan seseorang


Jumpalah dgn teman rapat atau seseorang yg dipercayai untuk berkongsi masalah dan meluahkan apa yg terpendam dalam hati....jgn dipendam seorang  diri masalah.. dgn meluahkan maslh,sekurang-kurangnya hati rasa lebih lega dan tenang..lagipun,apa gunanya kawan kan..time susah senang mestilah bersama-sama..menangislah sepuasnya jika perlu..janji jiwa lega selepas itu..

Berurut
hurmm..mintalah pertolongan member atau org terdekat untuk lakukan urutan ni..mesti kpla rasa lg ringan..kalau nak dceritakan disini,pnjng lebar lak..so,,sya bgi link pnduan urutan kt bwh ni...
URUTAN LEHER DAN BAHU
Boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Dapatkan urutan leher dan bahu untuk melegakan stres...
info lanjut untuk urutan bg melegakan stress..[PDF] 

Pos_Tangani stress dgn Urutan.pdf - Info Sihat..



Berehat dan mendengar muzik
Yang ni,memang perlu sangat..Cuba cari ruang untuk diri sendiri..bercuti bg merehatkan diri dan minda..jauhi diri dari sebarang kertas kerja buat sementara.kalu boleh,pergilah ke pulau2 yg indah..luas mata memandang..kepala pun mesti lg lapang kan..rehatkan badan sepenuhnya supaya 'energy' dpt 'refill' blik akbt kerja..kerja..kerja..
..
 sambil2 tu,bleylah layan lagu2 kegemaran..sbg diversional theraphy...




Beriadah dan Bersenam
Apa kata ,setiap petang atau hjng minggu,ajak teman-teman beriadah bersama-sama..bermain badminton ke,jogging..aerobik..pasti bdn dan jiwa bertambah lega dan relax...



Berfikiran positif

.
Cuba tanamkan pemikiran positif dlm minda,,Pertama sekali, niatkan di dalam hati kita memilih untuk jadi orang berfikiran positif.
Selepas itu, barulah terbuka jalan untuk kita mempelajari cara untuk berfikiran positif.
Kita sebagai manusia ada sekeping hati. Niat terletak di hati. Apa yang ada di hati, itulah yang akan naik ke minda
Bila  sudah berniat mahu menjadi orang berfikiran positif, usaha untuk membina kepositifan diri akan dipermudahkan seolah-olah ada satu kuasa memandu pencarian kita. Apa saja tips yang  dicari, akan dijumpai tanpa banyak masalah.Itulah permulaannya. Untuk mengatasi situasi kesusahan membentuk diri  menjadi insan berfikiran positif, perbetulkan niat.








Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang 


menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar,


tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan


 Allah SWT.









                                       


  •  nak tau tak....time  stress,saya memng suka tengok langit...dan tarik nfs pnjng2... langit yg meluas..dan gumpalan awan yg mmbentuk pelbagai corak...mnybbkn   fikiran saya lapang..dada ringan....dan yg penting..terasa dkt sgt dngnNYA...  nak tahu berkesan ke tak?? cubalah.. (^_^)




peace!!

Thursday, December 1, 2011

DIALOG MODEN LAGI BERPAHALA.....

Salam... alhamdulillah ,masih berkesempatan menghirup udra yg dipinjamkan oleh NYA  di pagi jumaat ni..arini da msuk 7 muharram...cepatnya masa berlari....Di tahun baru islam ni,banyak sangat 'planning'...insyaALLAH ,semoga dipermudahkan urusan..



Hurmm... setiap hari,, semakin sibuk.. semakin banyak hiburan yang muncul .. dari pelbagai segi... hasil kemodenan yang melonjak-lonjak.. mungkin ramai yg x perasan,kita juga telah terjebak dalam salah satu keghairahan kemodenan ni... nak tau ape?? JAWAPANNYA...adalah .. 'DIALOG MODEN'..

Mungkin  ada yg tertanya -tanya...apa tu?? 

Sebenarnya ,ia adalah penggunaan bahasa/ayat-ayat 'moden' @ciptaan dan  antara salah satu 'trend' muda mudi pada hari ini  ini yg acap kali  kita  'terpakai'  dlm kehidupan seharian..contohnya..''perghhh!! gempak giler!!''..  
dashyat kan  ...

So, sempena tahun baru ni,, pe kata ..  kita ubah dialog moden tu menjadi dialog yg bermanafaat... dan berpahala..    
semoga kita sentiasa berada dalam cintaNYA.. :)







hiduplah dalam kemewahan kasih sayang sesama insan ..jaga lidah..jaga hati..... :)