Saturday, April 20, 2013

~~~tRaGeDi SaBrA DaN ShAtiLa~~~



Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. 
Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa.


Kejadian

Pada 11 September 1982, Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan.

Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb. September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel.

Pada 15hb. September 1982, tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan.



Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang.

Keesokannya 16hb. September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan 'sarang pengganas'. Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang.

 Lewat, petang 16hb. September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang, pisau dan kapak masuk ke kem pada jam 6.00 petang. Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. 

Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut.

Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang-orang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.

Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5.00 jam pertama.

Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.



Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.

Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb. September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi, 18hb. September 1982.


Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb. September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya.

Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:

"Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian."


 "Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri."

"Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepada orang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri."





Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa 'hanya' 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.

Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,

"Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan."

- (New York Times, 17hb. Mei 1982)


"Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati."

- (Ha'aretz, 25hb. Februari 1983).


"Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya."

- ("The Accused" BBC - Panorama, 17/6/2001 ).


Kini September 2007, tepat 25 tahun setelah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila. Kem Shatila kini dihuni oleh lebih 30 ribu pelarian Palestin merupakan penempatan pelarian yang ke tujuh terbesar di Lubnan daripada keseluruhan pelarian palestin di Lubnan yang kini berjumlah melebihi 500 ribu orang.




 

Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan terpaksa saban hari mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan remaja anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa adalah penganggur kerana mereka dinafikan dari memiliki hak-hak asasi mereka termasuk bekerja di 72 bidang pekerjaan di Lubnan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





MOGA ALLAH MEMBALAS SEMUA KEJAHATANNYA!



SUMber:

-Dr. Zainur Rashid Zainuddin,
Catatan perjalanan (Sabra dan Shatila 20-23hb Jan 2007 & 13-20hb Mei 2007)
-wikipedia
-haluan malaysia


Thursday, April 11, 2013

ikan cencaru sumbat bakar

BAHAN-BAHAN

  1. 3 ekor ikan cencaru.
  2. 3 ulas bawang merah
  3. 2 ulas bawangputih
  4. 6-7 biji  cili kering 
  5. 1 inci kunyit hidup
  6. 1/2 inci lengkuas
  7. belacan
  8. 3 sudu jus asam jawa
  9. 1 biji kentang-direbus separuh masak dan dipotong dadu
  10. sehelai daun kuyit-dihiris halus
  11. garam
  12. gula
CARA MEMASAK


  1. Bersihkan ikan cencaru dan belah bahagian belakangnya- gaulkan garam +kunyit.
  2. tumbuk cili kering+ bawang merah+ bwng putih+ lengkuas+ kunyit+ belacan
  3. gaulkan bahan2 yg ditumbuk bersama jus asam jawa +gula +garam + kentang  +daun kunyit-sebatikan
  4. sumbatkan bahan2 tadi  ke dalam belahan ikan tdi..-perap selama 1/2- 1 jam..
  5.  Bungkus dalam aluminium foil dan letak di loyang. Saya bakar PD SUHU 180 C dlm 35-40 minit. 
  6. Siap utk di hidangkan... (^____^)

siew pak choy bersos tiram

SALAM..resepi simple jer..tp berkhasiat... siew pak choy bersos tiram dgn cndwn tiram kelabu...
Jom try...

BAHAN-BAHAN

  1. 1 ikat sayur siew pak choy -dibersihkan 
  2. cendawan tiram kelabu(agak-agak jer)-dicarik-carik
  3. 3 sudu makan sos tiram
  4. 1 batang sosej-dipotong dadu/kecil2.
  5. 2 ulas bawang putih-diketuk-ketuk
  6. 1 sudu teh serbuk pati ayam..
  7. secawan air
LANGKAH MEMASAK

  1. Tumiskan bawang putih
  2. masukkan sos tiram,sosej,serbuk  pati ayam
  3. tambah air-kacau sebati
  4. garam secukup rasa
  5. masukkan cendawan + sayur siew pak choy
  6. tutup api..
  7. siap 

Sunday, April 7, 2013

SOtO eLLa



BAHAN-BAHAN A (DIKISAR)
  1. 4 ulas bwng merah
  2. 3 ulas bwng putih
  3. 1 cm halia (agak-agak jer)
  4. 1 kerat serai
  5. 1 sudu lada hitam+ 1 biji buah keras.
BAHAN-BAHAN B
  1. 1 sudu makan serbuk jintan manis
  2. 1 sudu makan serbuk jintan putih
  3. 1 sudu makan serbuk lada sulah
  4. 2 sudu makan serbuk kurma
  5. 1 ketul kulit kayu manis + 4 biji buah pelaga .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • 2 ketul isi ayam(bhgn dada)
  • 2 ketul kiub pati ayam/serbuk pati ayam
  • 1 Cm halia-diketuk
  • 1/2 paket bihun-direbus/dicelur-toskan
  • sepaket sohon-digoreng
  • 3 sudu makan kacang tanah-digoreng
  • taugeh(dicelur/ mentah2)
  • nasi impit(2/3 ketul je)-direbus dan dipotong dadu
  • daun sup + daun bawang
sambal kicap
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi 
  • bawang goreng
  • kicap manis
  • 1 senduk kuah soto
  • 1 biji limau nipis / serbuk limau 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CARA-CARA MEMASAK

Untuk Pes Soto

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan A + Bahan B sehingga pekat + betul2 masak(da kering airnya)- asingkan (boleh disimpan dlm peti ais untuk dmasak di lain hari)
Untuk Sup/kuah soto
  1. Isikan air + isi ayam dlm periuk dan masak smpai mendidih
  2. masukkan pes soto di atas-kacau sampai sebati
  3. Tmbah halia yg diketuk tadi
  4. Tambah garam dan kiub pati ayam
  5. Secukup rasa
  6. Tutup Api
Sambal Kicap

  1. Goreng cili dan bawang putih -separuh masak
  2. kisar bwng pth + cili tdi bersama bawang goreng + kicap
  3. masukkan 1 senduk kuah soto-sebatikan
  4. perah asam limau secukup rasa..
Tambahan
  1. hidangkan bersama:
  • bihun yg dicelur 
  • sohon goreng
  • isi ayam-dicarik2 - diambil drp sup soto tdi
  • kacang tanah 
  • daun sup/bawang
  • taugeh
  • nasi impit
  • bgedil(kalau ada)

SIAPP!! (^_____^)





~~Sweethome Chicken Grill ~~

SALAM...
Sebenarnya da lama teringin nak cuba masakan ayam panggang ni...Cuma xde masa. Resepi ni saya 'combinekan' resepi drp chef2  di rumah(my belovd sis) dan drpd blog2 masakn...heheh.. maka, terhasillah AYAM PANGGANG NI...  Senang jer.. perap,then bakar!.
So,let's try..
Housemate2 yg mnjdi para juri ni..ALHAMDULILLAH..bleyla bgi 4 star drp 5 star..heheh..


bahan-bahan

-1/2 ekor ayam (dikelar/dicucuk dgn garpu)

BAHAN-BAHAN A (DIKISAR)
  1. 3 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 2 kerat serai
  4. 2 cm halia(agak-agak jer)
  5. 1 sudu jintan manis
  6. 1 sudu jintam putih
  7. 1 sudu lada hitam
BAHAN-BAHAN B
  1. garam
  2. gula melaka/madu
  3. kicap manis
  4. 1 sudu serbuk pati ayam/1 ketul kiub ayam
  5. 1 sudu lada sulah

CARA-CARA

  1. Gaul dan sebatikan ayam dgn bhnA + Bahan B.
  2. Perapkan ayam dgn bahan A + bahan-bahan B (4-5 jam,dlm peti ais)
  3. Bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit(biar perang permukaannya)
  4. Sedia dihidangkan!
SELAMAT MENCUBA!  (^____^)

Tuesday, April 2, 2013

spagheti simple... :)

SALAM..
Balik dari kerje semalam, tetiba teringin nak masak2. Bukak almri maknn, trjmpa la sepaket spghti ni..
So..apa lagi..operasi masak2 pun brmula la..Hurmm.. Nila hasilnya...simple jer.. :)
Disini saya kongsikan resepi simple dan cepat  ni (especially untuk wnita2 bekerjaya )..
 Let's Do It!!


Hidangan untuk 4 orang :)

bahan-bahan

  • spagheti (saya guna separuh jer)
  • sosej ayam/daging
  • jejari ketam
  • sotong
  • bawang putih-  dipotong dadu
  • bawang merah-  dipotong dadu
  • serbuk black paper
  • serbuk pati ayam
  • serbuk limau nipis
  • garam
  • bronkoli
  • tomato
  • cendawan (saya guna dlm tin jer)
  •  lada benggala
  • kobis(purple)
  • olive oil (mnyk msk biase pom xpe)
  • oregano herbs
  • parsley leaves
  • keju
CARA-CARA

  1. Didihkan air-masukkan spgheti + olive oil 
  2. Da masak,toskan spgheti
  3. tumiskn bawang puth + merah (guna olive oil )
  4. masukkan serbuk black pper  +serbuk pati ayam +serbuk limau nipis +garam +sotong + jejari ketam + sosej
  5. masukkan spgethi
  6. kacau sebati
  7. last skali,masukkan bronkoli,kobis,cendawan + lada benggala dan tomato
  8. da masak,tabur oregano n parsley leaves n cheese..
  9. siap!~