Sunday, June 12, 2011

RAPUH





Detik waktu..
Terus berjalan..
Berhias gelap dan terang..
Suka dan duka..
Tangis dan tawa..
Tercoret bagai lukisan...

Seribu mimpi..
Berjuta sepi..
Hadir bagai teman sejati...
Diantara lelahnya jiwa..
Dalam resah dan air mata..

Kupersembahkan kepadaMU..
Yang terindah dalam hidupku...
Meskiku rapuh dalam langkah..
Kadang tak setia kepadaMU..
Namun cinta dalam jiwa,hanyalah padaMU....

Maafkanlah bila hati tak sempurna..
mencintaiMU...
Dalam dada ku harap hanya ...
DIRIMU yang bertahkta......


Menyusuri jalan pulang ke rumah..tiba-tiba hati terdetik...bagaimana jika nyawa dicabut di saat itu...sudah cukupkah amalku selama 23 tahun bermusafir di daerah ini? adakah bekalan amalanku mampu menampung aku di sana kelak? Lantas..hatiku berdegup kencang! Sungguh!! Aku berasa gementar!! Gentar dengan godaan DUNIA!! Gentar dengan apa yang menanti DI SANA!

DUNIA...
Terlampau mengasyikkan...hiburan ..musik... di merata-rata..sehinggakan sentiasa dijadikan buah perbicaraan dan gurauan ... sehinggakan semua golongan bermula kanak-kanak, remaja,dewasa dan golongan profesional turut terjebak dalam 'demam' hiburan ini..Mana taknya,di mana-mana sahaja ,orang akan bercakap tentang raja lawak,siap dengan dialog dan 'acting' si pelawak itu... muda mudi sibuk mempersoalkan siapa yang layak bergelar juara mentor menti..gosip dalam rancangan melodi dan'fuhh''..muzik di merat-rata.Muda mudi berkejaran ke 'cinema' untuk menyaksikan 'new movies' ,..(KL gengster's , etc.)sehinggakan hampir tidak kedengaran omelan tentang bulan rejab yang tiba...

 Namun..Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna serta menenuhi keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat. Segala yang terkandung dalam ajaran Islam menepati keperluan fizikal dan rohani manusia.Secara tepatnya, syariat Islam memenuhi fitrah manusia.  Segala keperluan rohani dan fizikal manusia dipenuhi berdasarkan konsep mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan.  Apa yang baik itu adalah Islam dan yang buruk bukan daripada ajaran Islam.Begitu juga dengan hiburan...
hiBuran yang beserderhana adalah dibenarkan untuk memenuhi fitrah manusia ..
Imam al-Ghazali berpendapat, dalam mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat.  Selain itu ada yang diharamkan. 


Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah. Hiburan dan nyanyian hanya sampingan yang menghiasi rempah ratus kehidupan dan asam garamnya, bukannya tujuan asal kehidupan. Seperti juga memiliki rumah dan kenderaan yang cantik. Ia bukan tujuan hidup, tetapi termasuk dalam perkara-perkara yang diizinkan dengan batasannya...



Mengikut riwayat, daripada Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar pernah menemuinya dan ketika itu beliau bersama-sama dua hamba perempuan pada hari Mina.  Kedua-duanya menyanyi dan memukul gendang, sedangkan Nabi Muhammad menutup wajahnya dengan pakaiannya. Lalu, Abu Bakar mengherdik mereka.  Kemudian, Rasulullah membuka wajah dan berkata: “Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar!  Sesungguhnya hari ini adalah hari raya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana.

 Dalam hiburan 'berlawak' juga ada batasnya...Islam tidak juga melarang kita untuk melawak dan bergelak ketawa.RasulAllah juga pernah bergurau dgn seorang wanita.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi).

 Dr. Yusuf Al Qardawi ( Egyptian Islamic theologian)meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda: 
  1. Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia  tertawa.
  2. Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
  3. Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain
  4. Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
  5. Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.




Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)..
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

Semoga Kasih ALLAH setiasa bersama seluruh hambaNYA...Semoga kita tergolong dalam HambaNYA yang soleh dan solehah...

~WALLAHUALAM~






No comments:

Post a Comment